Kami
telah berkeputusan akan menggunakan Cloth Diapers untuk cahaya mata
pertama, bila dikurnikan Allah, insyaAllah. Keputusan diambil atas
dasar jimat, tahan lama, cantik boleh tahan dan pergi hijau (go green).
Leceh dan memenatkan? Itulah pengorbanan untuk anak, kenapa nak pertikaikan?
Cloth
Diapers boleh dikatakan masih baru diperkenalkan di Malaysia (atau ku
yang baru tau? ahahaha), oleh itu adalah penting untuk kami dan juga
korang yang berminat menggunakannya memahami fakta-fakta yang berkaitan
dengan Cloth Diapers. Bukan setakat fakta, auta pun ada. Jom siasat
satu persatu!
1. Cloth Diapers Tidak Mesra Kulit Bayi: AUTA
Apabila
dibasuh dengan sabun basuh bayi, kebersihan cloth diapers mudah untuk
dikekalkan. Cuci cloth diapers sekurang-kurangnya setiap 3 hari dan
jemur di bawah cahaya matahari untuk memastikan kotoran hilang.
2. Cloth Diapers = Seluar Pin & Plastik: AUTA
Cloth
diapers dibuat daripada fabrik hi-tek dan dipasang menggunakan snaps
atau Velcro. Bahkan, cloth diapers adalah seselesa lampin pakai buang.
3. Cloth Diapers Membantu Kanak-kanak Lebih Cepat ‘Tinggalkan Diapers’: FAKTA
SAP,
atau sodium polyacrylate, adalah polimer cepat serap dalam kebanyakan
lampin pakai buang. Ia bertujuan membantu kulit bayi sentiasa dalam
keadaan kering, tetapi dalam masa yang sama banyak dikaitkan dengan
masalah kesihatan seperti gangguan endocrine. Cloth diapers juga
mengeringkan, tetapi ia membuatkan bayi merasa cukup ‘basah’ dan faham
bila masanya buang air kecil, secara tak langsung melatih mereka untuk
ke tandas.
4. Banyak Wang Digunakan Untuk Cloth Diapers: AUTA
Cloth
diapers berharga dalam RM20-RM50 sepasang mengikut jenis dan kualiti
yang dilihat agak tinggi nilainya. Tetapi ia boleh digunakan untuk
lebih dari seorang kanak-kanak. Saiz yang boleh diubah juga membolehkan
seorang bayi menggunakan cloth diapers sehingga berumur 4 tahun.
Perbandingan secara kasar untuk perbelanjaan cloth diapers dan diapers
pakai buang untuk seorang bayi dalam tempoh 4 tahun ialah RM500+ kepada
RM4000+.
5. Cloth Diapers Kurangkan 1 Tan Sampah Dalam Setahun: FAKTA
Cloth
diapers boleh mengurangkan 1 tan sampah di tapak pelupusan sampah
dalam setahun untuk seorang kanak-kanak. Fakta ini sesuai dengan kempen
go green, yang penting untuk menyelamatkan bumi kita dari pencemaran.
Lampin pakai buang mengambil masa lebih kurang 500 tahun untuk terurai
yang bermaksud great great great great great great great great great
great great great great great great great great grandchildren anda akan
melalui kehidupan dengan diapers pertama yang dicipta 40 tahun dahulu.
6. Cloth Diapers Susah Untuk Dicuci: AUTA
Cloth
diapers moden boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan dryer. Beg
laundry boleh digunakan untuk memastikan diapers dalam keadaan yang
kemas. Seperti pakaian lain, tak perlu cuci menggunakan tangan.
7. Cloth Diapers Adalah Lebih Sihat Untuk Bayi: FAKTA
Lampin
pakai buang dibuat daripada bahan yang mengandungi carcinogen dioxin,
SAP atau sodium polyacrylate (yang dikaitkan dengan tindakbalas kimia
yang boleh membahayakan kanak-kanak juga boleh menyebabkan
ketidakseiimbangan hormon), dan plastik (yang tidak sihat untuk bayi dan
ekonomi). Cloth diapers dibuat daripada polister/kapas/wul di bahagian
luar, dan mikro-fiber/hemp/bamboo/kapas di bahagian dalam.
So think about it, it’s time to change!
source: babycenter.com
translated by: BBLOG