LIKE lah Kalau Suka...XD

Showing posts with label Isu Dunia. Show all posts
Showing posts with label Isu Dunia. Show all posts

Tuesday, 19 June 2012

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!


Sunday, 20 May 2012

Mossad

Mossad merupakan sebuah agensi perisikan negara Israel, ia ditugaskan untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari segenap negara-negara yang dianggap musuh oleh Israel.

Sejarah tertubuhnya agensi perisikkan Mossad ini bermula pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri pertama Israel iaitu David Ben-Gurion.

Shiloah mahu sebuah institut penyelarasan berpusat, yang dapat membaiki sistem keselamatan dan memantau dengan lebih telus perisik tentera(AMAN) dan perkhidmatan keselamatan awam(Shin Bet) Israel supaya lebih terancang.

Pada Mac 1951 ia telah dirangka semula menjadi sebahagian dari Jabatan Perdana Menteri, segala laporan dibuat terus kepada Perdana Menteri.

Jumlah kakitangannya sekarang telah mencecah kepada 1200 orang.


Ibu pejabat Mossad terletak dibandar raya Tel Aviv, ia merupakan sebuah badan perkhidmatan awam yang tidak tergolong didalam organisasi ketenteraan, tetapi mempunyai kakitangan yang berpenggalaman bersama pasukan pertahanan Israel.

Agensi Perisikkan Mossad dipecahkan kepada 8 jabatan yang mempunyai kepakaran tersendiri, perisik diambil dari pelbagai peringkat diluar negara, termasuklah pegawai diplomat dan pegawai tak rasmi, meraka bertindak seperti CIA, 30 dari 40 operasi mereka bergerak di eropah timur dan timur tengah.

Pegawai perisik digelar 'Katsas' sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon, Kidon ditugaskan dalam misi-misi tertentu seperti memhapuskan tokoh-tokoh yang dikehendaki, operasi separa tentera, sabotaj, dan pakar dalam melancarkan perang saraf.

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikkan terbaik dunia setaraf CIA, KGB, dan M16. Taktik penculikkan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga kepentingan negara Israel.

ANTARA OPERASI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN

Mereka berjaya menangkap penjenayah perang NAZI Adolf Eichmann di Argentina pada 1960, anggota Mossad yang menyamar sebagai jurugambar bebas mendapati Eichmann telah mengunakan nama Micardo Klement semasa menetap di Argentina bagi mengelakkan dari dikesan, ditangkap pada 11 Mei 1960 kemudian di seludup ke Israel.

Pada 1960an Mossad telah berjaya mencuri pelan binaan kapal terbang Perancis 'Mirage III' bagi membangunkan kapal terbang Israel iaitu 'Kfir'.


1965 Mossad telah membunuh penjenayah perang NAZI, iaitu Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.

Herbeth dikatakan bertanggunjawab membunuh, menyiksa serta merogol ramai orang Yahudi di German semasa WW I.

Dalam tahun 1957 hingga 1965 Wolfgang Lotz(anggota Mossad) telah dihantar ke Mesir ( Operasi Shoshana) bagi mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser.

Walaupun Wolfgang Lotz kelahiran Mannheim German, disebabkan mukanya mirip seperti bangsa Aryan, dia berjaya mendapatkan banyak maklumat operasi ketenteraan Mesir pada 1965.


Mereka juga pernah membantu jurutebang Iraq, Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel.

Munir Redfa telah mengunakan pesawat MiG 21 milik tentera udara Iraq bagi meloloskan diri ke Israel.

Dia mendakwa yang kononnya dia ditindas kerana beragama kristian dan penghapusan etnik Urmia sedang berlaku diselatan Turki.

Ada kabar angin yang mengatakan bahawa serangan 9 Sep 2001 di 'World Trade Centre ' New York sengaja dirancang dan dilakukan oleh Mossad dan juga CIA bagi mendapatkan lampu hijau dari rakyat Amerika untuk menyerang Iraq secara besar-besaran.

Lincon & Kennedy Adakah Kebetulan Ataupun Dirancang



Misteri disebalik cara kematian presiden Lincoln dan Kennedy ada persamaan antara dorang...seperti telah dirancang dengan begitu kemas...skemas tadika KEMAS jom kite usha2 :
  • Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pade tahun 1846.
  • John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pade tahun 1946.
  • Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pade 1860.
  • John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pade 1960.Nama Lincoln dan Kennedy same2 terdiri dari tujuh huruf.
  • Kedue2nya same2 mengambil berat masalah hak-hak sivil.

  • Isteri kedue2nya same2 kehilangan anak di Rumah putih.
  • Kedue2nye di tembak pada hari Jumaat. Kedue2nye ditembak di kepala.
  • Setiausahe Lincoln bernama Kennedy. Setiausahe Kennedy bername Lincoln.
  • Keduenye dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
  • Kedue2nye digantikan oleh orang di Wilayah Selatan.
  • Pengganti mereka bername Johnson.Andrew Johnson...yang menggantikan Lincoln lahir pade 1808.
  • Lyndon Johnson...yang menggantikan Kennedy lahir pade 1908.

  • John Wilkes Booth...pembunuh Lincoln lahir pade tahun 1839.
  • Lee Harvey Oswald...pembunuh Kennedy lahir pade tahun 1939.
  • Name kedue2 pembunuh terdiri dari tiga name.
  • Name kedue2 pembunuh tersebut same2 terdiri dari 15 huruf.
  • Kedue2 pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan ditangkap berdekatan sebuah gudang.
  • Boot ditangkap berdekatan sebuah gudang setelah berupaye memboloskan diri dari sebuah pawagam.

  • Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnye berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
  • Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.
Dan ini yang paling unik?..
  • Seminggu sebelum Lincoln ditembak...ia berada di Kota kecil Monroe...di wilayah Maryland.
  • Seminggu sebelum Kennedy ditembak...ia berada bersama Marylin Monroe.
free counters