LIKE lah Kalau Suka...XD

Saturday, 12 May 2012

Kasih Sayang Ibu Tidak Bernokhtah

Ibu ialah seorang insan yang bertanggungjawap melahirkan, mengasuh dan mendidik serta membesarkan anak sekaligus memainkan peranan sebagai pengurus rumah tangga dan keluarga.

Tugas mereka tidak pernah ada noktahnya. Kasih saying ibu juga tidak ternilai dan tidak termampu dibeli dengan wang ringgit.

Oleh itu, sebagai anak kita seharusnya sentiasa menghargai mereka. Jangan sekali hati mereka dilukai! 

Sekiranya selama ini kamu masih tercari-cari titik mula untuk lebih menghargai segala pergorbanan dan kasih saying ibu. Pamerkan rasa kasih pada ibu tidak bermakna kamu harus berbelanja besar membelikannya hadiah mahal-mahal.


Tetapi memadai sahaja jika kamu hadiahkan kegembiraan. Buktikannya dengan meraih kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang kamu ceburi, si ibu pasti akan tersenyum riang.


Paling tidakpun, langkah kecil yang boleh kamu lakukan untuk mengurangkan beban ibu cuba hidup berdikari.


Hindari daripada terus-menerus menyusahkan ibu meminta itu dan ini, sebaliknya berusaha sendiri mendapatkan apa yang kamu inginkan. Itupun sudah cukup untuk membuatkan ibu berasa bangga dikurniakan anak sepertimu.


Jadi mulai hari ini bertekadlah untuk melakukan yang terbaik dalam hidupmu.


Bagaimanapun jika sehingga kini kamu masih lagi hanyut dan bergelumang dengan pelbagai pemasalahan social, seperti merempit, mengambil dadah, merompak dan sebagainya.


Cuba fikir dan renung seketika, apakah ibumu berbangga dan merestui apa yang sedang kamu lakukan ini?


Kepada kamu yang merasakan hubungan dengan ibu semakin renggang atau kasih sayang antara kamu dan ibu semakin sukar untuk ditunjukkan.


Mungkin kamu rasa malu ataupun menganggap ibu kamu sudah lebih maklum yang kamu menyayanginya. Jadi tidak perlulah ditunjukkan lagi rasa sayang padanya. Sebenarnya kamu silap! Kasih sayang seharusnya sering dipupuk.


Oleh itu, semak tanda-tanda yang telah diketengahkan dan mungkin salah satu daripadanya ada dalam perhubungan kamu dengan ibumu sekarang.


Andai salah satu dari tanda-tanda tersebut berlaku antara kamu, sebaiknya cubalah jernihkan kembali hubunganmu itu ya………..


Akhir kata, senyum selalu dan hati mesti baik.

0 comments:

Post a Comment

free counters