LIKE lah Kalau Suka...XD

Sunday, 13 May 2012

Perawatan Tubuh Selepas Mandi.



#Kaki –Inilah bahagian yang sering diabaikan, sehinggalah kamu mula meyendari tumit sudah menebal dan merekah. Untuk merawatnya, sapukan seganggam garam basah atau batu apung pada bahagian yang kering. Kemudian urut kaki agar darah dapat berjalan dengan lancar. Gunakan minyak bayi untuk memudahkan urutan.

#Siku—Jika kamu merawatnya, bahagian siku akan membentuk lapisan keras berwarna kelabu. Untuk mengatasinya, kamu perlu mencuba ramuan ini. Campurkan tiga sudu makan minyak almond, dengan tiga sudu makan oatmeal. Kemudian campurkan dengan rata dan tambahkan dengan susu segar atau yogurt. Akhir sekali sapukan pada siku.

#Belakang—Sapukan minyak bayi secara merata di belakang dan urut dengan gerakan memutar. Mulai dari tengkuk hingga ke sisi pinggang. Fokuskan urutan ringan pada bahagian pinggang kerana bahagian ini ‘bekerja’ lebih berat berbanding bahagian lain.

#Tangan dan Kuku—Sekiranya kamu tidak punyai masa ke salun, saat paling sesuai untuk melakukan manicure-pedicure adalah setelah berendam atau mandi. Saat ini, kuku dan kulit dalam keadaan lembut dan ia memudahkan kamu untuk membersihkan dan memotong kuku. Selepas itu, tarik dan tegangkan jari dan lakukan urutan dengan minyak bayi. Lakukan secara lembut dan ulangi beberapa kali dengan gerakan memutar.@

0 comments:

Post a Comment

free counters